Friday, November 18, 2011

Malaysia 1 - Indonesia 0

Salam, hari ni merupakan hari pertama aku tulis blog. Ok aku nk review tentang pertemuan Malaysia menentang Indonesia malam tadi. Apa pun aku nk ucapkan terima kasih la kt wife aku yang sudi tengok bola sekali ngan aku..hehe..;)

Ok, perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia memanglah di nantikan oleh kedua-dua peminat. Nak-nak pulak penyokong Indonesia memang selalu memprovoke penyokong Malaysia. Secara peribadi la, aku suka tengok permainan Harimau Muda malam tadi. Pujian memang aku berikan kepada pertahanan Harimau Muda yg di kepalai oleh Fadhli Shas dan di bantu oleh Muslim Ahmad. Mahali dan Asrarudin jugak telah menunjukkn prestasi yang amat memberangsangkan. Teringat la jugak time aku sekolah dulu nak jadi centreback ngan left and right back ni memang susah, tak boleh silap, nak marking pun kena pandai baca gerakan lawan,silap marking confirm gol. Nak-nak  pulak time clearence heading.. susah tu, kena berlatih selalu baru ada skill..;) hehe..

Ok kalau kita tengok sebelum Malaysia sumbat gol, suasana Stadium Gelora Bung karna memang bising dengan sorakan penyokong-penyokong Indonesia. Tapi, hehe..dengan dengan larian deras pemain sayap Syahrul Azwari telah berjaya memperdayakan pertahanan lawan dan rembatan deras kaki kanan klu tak silap berjaya membolosi gawang gol Indonesia. Secara tiba-tiba Gelora Bung Karno yang tadinya riuh rendah tiba-tiba senyap!

Keputusanya, hingga ke akhir perlawanan Malaysia mendahului dengan 1 gol tanpa berbalas. Hehe, teguran aku kepada Izzaq faris, main la dengan bersungguh..klu nak awek indon yang cun-cun macam Luna Maya tu score la gol..hehe (jgn mare, gurau jerk).

Ok cukup setakat ni dlu review aku, nnti aku akan update banyak lagi pasal bola ngan artis Malaysia.hehe.anyway sila lah follow blog aku dan tinggal kan la komen2 komen korang kat aku ni haa..

MUSUHNYA PASTI BINASA, HARIMAU MALAYA PASTI BOLEH!!!!