Wednesday, March 14, 2012

Healthy Lifestyle

Healthy lifestyle is a must
  Pernah tak korang masa sekolah dulu bila jogging petang-petang ada orang booo kat korang? pastu satu asrama boleh dengar. Pastu dengan senior2 sekali join? Pastu korang buat bodo jerk. Sambil buat bodo korang stretching macam Messi ngan Xavi stretching. Haa..ingat tak..ingat tak? ke buat2 lupa? huhu..Haa klu korang nak tau sapa yang pernah kena aku la orangnya..;p

                                                          

          Kepentingan exercise sebenarnya amatlah di perlukan dalam kehidupan seharian kita. Sapa ingat aku pernah lawan makan ngan Malul? Hari rabu makan kat dewan makan memang sedap. Aku ingat lagi Malul hari tu ambik nasi penuh satu tray. Aku plak time tu lapar giler sebab lepas subuh aku tido lepas tu memang tak dan la nak breakfast. Huhu aku tengok Malul makan memang banyak. Aku pun ambik la nasi minyak tu banyak macam Malul punya tray. Biasa la dalam ramai2 tu mesti ada batu api la kan. Tapi aku tak ingat la pulak sapa. Then, challenge aku ngan Malul sapa habis dulu..Aku ingat lagi time aku beratur tu ramai jer budak2 perempuan ASPURI tengok nasi aku dengan pandangan yang aku boleh dengar hati diorng berkata2 macmni: "Isk mentekedarah betul budak ni makan. Kang silap2 dengan tray2 tu dia makan", pastu ada la plah satu Minah ni tgk aku, yang ni korang nak tau dia cakap apa dalam hati die? " banyak nya nasi budak ni ambik, kang kalau tak abis mesti dia nak makan Malul pulak". Huhu..anyway aku dah lapar ni, aku ngan Malul pn makan la..

        Korang boleh bayang tak tray kat dewan makan tu macam mana? Hah bayangkan nasi dalam tray tu penuh ngan nasi setinggi gunung? Haha takder la setinggi gunung. Kira banyak la, akhirnya aku ngan Malul pun abis makan nasi tu beb! Time tu Haq yang sampai dulu pun belum habis..;p

       Petang tu akhirnya aku kalah match hoki ngan tem Hafiz Supian. Yer la dah aku jadi striker, aku makan abis kul 2.30 petang. Game plak start kul 3 petang..perut plak penuh nasi..kena sayur la team rumah aku..Ingat nak naik la ranking rumah sukan..tak dapat. Saya minta maaf Cikgu Hasnan..;(.

Gaya Hafiz Supian main hoki, 3 orang boleh lepas!
                                              
       Kalau dalam bola ada flying header, Hafiz Supian ni boleh flying stick untuk gol tau..ini tak tak tipu!

      Ok la berbalik kepada cerita gaya hidup sihat macam aku sebut kat atas tadi, pemakanan sebenarnya memainkan peranan penting. Amalan pemakanan yang sihat dan juga exercise yang betul sebenarnya banyak develop tumbesaran badan kita. Ok contoh, kenapa kita kena pegi gym untuk buildup muscle? salah satu kebaikan buildup muscle ni sebenarnya kita boleh mengurangankn kecederaan pada tulang kita dalam berbagai jenis aktiviti fizikal. Ok, contoh kenbanyakan kes dislocate tulang adalah disebabkan otot kita yang tak kuat untuk pegang tulang dari dislocate. Bila kita buildup muscle otot kita akan jadi kuat dan masalah dislocate tadi susah untuk terjadi.

Perlu keazaman yang tinggi untuk buildup muscle
                                          
          Memang aku akui sapa yang pernah ke gym pernah diperli oleh rakan2 yang lain. Tapi dari sudut positif memang kita kena ignore diorang yang berpandangan negatif. Sebab kalau kita tengok masyarakat luar negara khususnya Eropah dan US kebanyakan remaja diorang menjadikah healthy lifestyle sebagai diorang punya gaya hidup

Perbezaan otot untuk yang aktif dan tidak aktif
         Dunia barat kalau kita tengok berlumba-lumba tak kira lelaki atau perempuan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Kenapa pada mereka benda ni penting? Sebab bila sihat meraka akan lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat. Satu lagi yang aku puji tentang diorang ni, adalah masyarakat mereka sendiri akan encourage dan memuji usaha mereka untuk menjaga kesihatan.

       Ni pulak cerita yang aku dengar dari member aku la. Dia kata klu ada muscle means yang ada sixpack awek akan suka. Pastu member aku cakap bukan awek jer yang suka Gay pn suka..haha..;p

Ada sorang kawan aku body camni..;)

           Malaysia adalah antara negara yang ranking tertinggi dunia yang mengalami masalah obesiti. Ok mengapa masalah ni terjadi? Yang ni kita tak boleh salahkan mak bapak kita sebab mereka yang nak terbaik untuk kita. Bila mak bapak masak sedap, yang kita pulak dah lama tak rasa mak kita masak lauk lemak cili api, udang goreng, ketam bakar dan sup daging plus cili kicap, korang rasa korang mampu ker menolak temptation seumpama ini..haa...aku cakap terus terang yang aku pun tak mampu. Memang diakui sesetengah makanan ni mempunyai kadar kalori yang tinggi. Sebenarnya kita boleh bakar kalori tersebut dengan cara kerap melakukan aktiviti senaman setiap hari.

Gambar hiasan semata-mata..;p
                                                
        Nantikan entri aku yang seterusnya, berapa kalori yang perlu kita bakar setiap hari..;P

       MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..;)
                                      

Cycling Enthusiast : Journey Begin

Journey Begin
Cameron Highland was the first place I've started to conquer. But not all. It was bright Saturday morning which me and my friend suddenly planning to touring high..;p I put my bicycle at my car and drove there at 7.30 a.m. Having breakfast at Simpang Pulai first before heading to Tanah Rata.

At 10 a.m we already arrive at Tanah Rata. I park my car there and starting to setting up our gear to start exploring Cameron Highland. The question is where should we start first. Then I just follow my isntict to ride down towards Ringlet. Downhill road was so easy..;) no need to cycle just follow the road and control the brake..;)

As you can see the picture we are arrive at Cameron Valley Tea House. Tell you the best things here is the temperature is slightly lower than Ipoh..;)

What happen next? will update you later with more picture..;)

UFO SIGHTING : MALAYSIA

UFO sighting has been told by witness in Malaysia
Recently, we are told that the phenomena of voice from the sky has occur in many places in the world. What if this voice is the real voice of monster that live deep in the earth and starting to gather in their plan to attack the human being. I leave the question to all you guys to answer..

The real life story of UFO has been discussed since this spaceship had crashed at Roswell. There is a rumours that this UFO has been shot down by U.S military in order to get this alien technology. Thus, I've heard that they found piece of metal that is super lightweight and extremely hard! Best material that is common with reverse engineering.

 Since then, people around the world witness UFO sighting in their country. UFO are reported to seen everywhere. From town to small village, from sea until above the sky and even in the jungle. The issue is what are they really doing in our world? Are they the most  develop civilization in this universe? Or are they military spy flying object which is their intention to intelligent purpose? No one knows..

Are they alien?


            In Malaysia, there is a story during 70's and 80's when a group of children are playing on the field. Suddenly one of them saw a small spaceship landing nearby the compound. Then they witnessed few small alien with about seven to ten inches  tall came out from the spaceship. As a naughty village boy this will bring them as rich and famous boy if they can catch this new neighbour. They chase the alien but the alien defense themself with their small and tiny weapon. Kind of  machine gun but it didn't hurt. The alien leave without no one else find out why they come at their village.

who are them? really?
             There is also a story heard at Teluk Intan in the middle of the noon which is a farmer that is on the way back home saw an UFO flying above him and suddenly disappeared. The story continues when a government servent report and capture the image of this unidentified flying object at military camp at Sabak Bernam. He told the UFO was seen at 5.30 a.m during his round duty at the area.

UFO sighthing at Sabak Bernam.
             Those phenomena will continue since UFO crashed at Roswell. The biggest question mark here in myself . What if this alien are planing to attack us? Will us survive. Yet, what they want from us? Are we can be their slave which will order to build their nation as they build the great pyramid? Are they really build the pyramid? Why?

Expected so many question arise i my head. If  I'm right, there will a creature like PREDATOR will attack us soon or later. It is matter of time. ARE WE READY?                                                                      

Tuesday, March 13, 2012

Cycling Enthusiast : An Epic Journey

  Kalau kita tengok trend sekarang ramai kawan-kawan aku, jiran aku dan sedara-mara aku memiliki basikal.

   Dengan aku2 sekali terlibat sama. Hehe, ok la klu di imbau zaman aku sekolah rendah dulu memang aku ngan adik aku akan pegi sekolah naik basikal. Even ada kawan aku yang sorang ni pegi sekolah naik basikal masa dia darjah satu lagu beb. Aku ingat lagu Cikgu Mishwan siap puji dan suruh kitaorg tepuk tangan lagi tu kat kawan aku. Aku plak mase tu rase tercabar beb ngan kawan aku ni. Kalau dia boleh naik basikal apsal plak aku tak boleh? Ni jawapan mak aku "Adik kamu tu kecik lagi, takkan kamu pegi sekolah naik basikal dia abah hantar naik kereta?". Betul jugak cakap mak aku..;)

Le Tour Langkawi 2012
  Aku ingat lagi time aku sekolah rendah dulu, ada sorang cikgu sekolah aku nama dia Cikgu Salleh. Cikgu Salleh ni la Guru Besar sekolah aku. Tiap-tiap petang time aku balik sekolah mesti cikgu ni akan kayuh basikal siap ngan helmet. Aku kadang-kadang marah gak kawan-kawan aku panggil dia Doraemon. Tak tau la apa yang deme dengki sangat kat Cikgu aku ni. Nasib baik la zaman budak2, harap2 takder gelar cikgu kita kat sekolah camtu yerk...;( . Aku puji semangat cikgu Salleh sampai sekarang. Dalam hati aku, "rajin cikgu ni kayuh basikal".

Profesional Cyclist
     Tahun 2012 ni baru aku tahu betapa pentingnya healthy lifestyle. Yer la sejak-sejak wife aku beli timbang berat badan ni, aku timbang-timbang dah 90kg berat aku. Kira-kira BMI aku da overweight bro..!
Adala sorang mamat mana entah ajak aku kayuh basikal, then aku pn 'terbeli' la basikal. (pinjam ayat 'terbeli' dari wife).

Ada la sorang tu mintak basikal nie..;p
                                              
  Disebabkan aku ada sebiji ada la sorang budak tu mintak kat aku basikal fixie ni. Ayat die "Bang belikan aku basikal fixie boleh tak?" Eii aku nak bagi jer budak ni nasib baik la adik pempuan aku yang gemuk tu mintak..klu tak jgn harap..tapi tu la ko tunggu sampai aku ader duit la yerk...kui..kui..itu pn klu mak bapak aku ngan ko bagi la..;p

Touring bike..;)

 Sebenarnya aku nak touring naik basikal, bawak beg macam basikal  kt gambar atas ni (berangan jerla) tapi nak buat camner wife aku bukan bagi pun..;p tapi harap satu hari dapat pusing Malaysia naik basikal pn jadi la hahaha..! anyway kepada kengkawan aku yang kt luar sana jum amalkan gaya hidup sihat. Tingkatkn kontroversi, kurangkan prestasi..hehe..:) chow...;)






                                    

Cerita Best Astro Bella

Hero dan heroin..;p
Nak tau cerita apa yang best kat Astro Bella yang aku tengah layan sekarang nih? Hah ni la antara citer dier..POBRE DIABLE DANIELA tajuk citer nih.

Kepada peminat telenovella cerita serba sedikit pasal sorang perempuan yang miskin hidup dekat kawasan setinggan kat area Amerika Latin. Satu hari ada la satu mamat ni bawak keta sport lalu tepi perempuan ni, nak di jadikan cerita ada la lopak air kat situ, lalu bila keta ni lalu air kat lopak tu pn terpercik la kat daniella ni.Daniella ni ngan kawan dier..apa lagi marah la Daniella. Mamat yang bawak keta sport dua pintu warna merah ni pn berhenti la mintak maaf. Then bermula la cerita pasal diorg punya kisah. Cerita ada la halangan percintaan diorg..Last aku tgk cerita ni, ada satu awek cun ni memang nak la kat Santiago, camner bleh kantoi? sebab Daniella sudah pecah masuk itu Santiago punya rumah la..Nak tau cerita lebih lanjut, sila ke Butang merah atau pergi ke channel 133..;p huhu..;p
     
Best gak citer nih



  
 Ni lagi satu cerita dalam Astro Bella saluran 133. Cerita ni aku tak tau sangat tapi yang aku ingat ada satu budak perempuan ni berangan nak duduk dekat rumah besar seberang sungai atas bukit. tapi kena gelak ngan kawan dier. Apa misteri budak perempuan ni, aku rasa malam kang aku kena tgk balik...;p



cerita pasal lelai hutan dan permpuan bandar..;p

 Haha..ni cerita favourite aku, sapa suka sila angkat tangan..;p ok cerita ni pasal dier punya heroin dia ni tak silap aku pereka fesyen. Satu hari tgh2 buat fesyen show tu boyfriend dia melamar la heroin dalam citer ni ajak kawen la. Tup-tup heroin ni datang la rumah boyfriend dier nak buat surprise la konon..surpriseee!!! 
Hehe rupa2nya boyfriend dier ni tgh berasmara-dana ngan pempuan lain.

Heroin pn apa lagi kecewa, pergi la bercuti ngan kawan die dekat satu tempat yang jauh, aku tengok tempat yang diorang ni pegi best gak beb..;) Di takdirkan jumpa la ngan lelaki hutan yang di maksudkan. Badan ketak2 beb..;p Aku tengok cam WONG pn ada.;p huhu..Then heroin ni jatuh cinta sebab lelaki hutan ni selamatkan dia dari di serang seekor JAGUAR. Bukan Jaguar kereta tu, itu aku pn tak takut..;p

Ni Hero die. VICTOR GONZALEZ
                                          
Ha cuba teka berapa umur victor ni, 39 tahun beb...;p


Ni Heroin, Nama die Paola Nunez
                                             
Heroin telenovella memang cantik2 tak dapat di nafikan..;p

Ada Lagi cerita2 best dalam Astro Bella ni, klu nak tau sila lah tukar ke Channel Astro Bella...Layan!!!










                                                  

Monday, March 12, 2012

U.S Navy Seals

Mesti korang pernah dengar cerita tentang elit force ni kan? Ok kali ni aku nak story sikit la pasal diorang.

Diorang ni adalah Pasukan Khas Laut tentera Amerika Syarikat. Apa yang special tentang diorang ni adalah diorang ni mempunyai kepakaran khusus bukan sahaja di laut tetapi juga udara dan darat. Tu sebab diorang ni di gelarkan SEAL's, (SEA, EARTH and AIR). 

Ok satu lagi yang menarik pasal diorang ni dalam diorang ada lebih dari sepuluh team. Dalam satu team ada dalam 16 orang yang mana ada dua leader. diorang ni ada yang di gelar SEAL's Team One and SEAL's Team Two.Dalam kalangan diorang ni ada satu pasukan yang di gelar ELIT AMONG THE ELIT. Itulah dia SEAL's Team Six yang bertanggunjawab dalam penangkapan yang mereka gelar sebagai pengganas la sapa lagi kalau bukan OSAMA BIN LADEN.

Bercerita tentang sejarah NAVY SEAL's ni diorang ni di asaskan pada tahun 1942. Diorang ni ada diorang punya support squadron yang dikenali sebagai SPECIAL BOAT SQUADRON (SBSs). SBSs ni datangnya daripada mereka-mereka yang tak lepas ujian yang kira agak kritikat jugak la yang di kenal sebagai BASIC UNDERWATER DEMOLITION/SEALs (BUDs).

Selain memiliki keupayaan yang tinggi dalam berenang, ada juga yang mempunyai kemahiran menyelam yang dikenali sebagai commercial divers. Diorang ni sentiasa menjalani latihan setiap hari dan malam, berenang dalam paya yang penuh dengan aligator, latihan pantai dan jugak offshore.

Starting payment diorng ni saja dah aku dengar USD 60,000.00  beb! tapi dalam setahun cuti hanya dalam sebulan jer. Lain semua kena deploy la..;p

Ok, apa mission sebenar NAVY SEAL's ni? Antara yang terkenal yang menjadi tugas utama diorang ni adalah counterterroris operation. Iaitu pergerakan menghapuskan pengganas secara direct ataupun indirect. Penuh secrecy beb!

Agak-agak korang klu diberi peluang nak tak korang jadi Navy Seal's ni? glamour beb..senjata pun canggih2 siap ada heat thermal imaging ngan night vision tu. Askar biasa takder beb..;p

Haa..sebelum korang nak jadi Navy Seal's ni mari kita tengok ujian-ujian yang nk kena di lalui..haha..
     

Ni nama dia BUD's
                     
Ok korang rasa korang boleh jadi SEAL's? senang jer, semua orang boleh jadi SEAL's, termasuklah aku..hehe..hanya 26 minggu, training kat pantai coronado yang indah, white sandy beach, air yang jernih, ada banyak awek mat salleh cun pakai bikini, program yang seronok, pegawai SEAL's yang ramah-tamah dan mesra, hujung minggu ada artis buat persembahan cam lady gaga, lagi satu ada banyak aktiviti menarik cam scuba diving,sailing, luncur air, paintball dan byk aktiviti menarik yang takkan korang lupakan. Menarik tak? Tandatangan kat sini..;p

haha, ni ayat aku cedok dari buku Navy SEAL's tau..;p


Ni la kot pantai coronado yang indah tu..;p
                                               
 Hakikatnya ialah korang akan melalui satu pengalaman yang tak pernah korang alami sbelum ni. Cedera adalah perkara biasa, kadang-kadang ada la jugak kematian...? err..Moto diorang adalah berbunyi begini "THE ONLY EASY DAY IS YESTERDAY". Haa..antara latihan diorang adalah diorng ni akan kena ikat dengan tali, kaki ngan tangan. pastu akan di campak kat dalam kolam renang la. kena tutup mata..kena selam ambik barang pki mulut, pastu ambik nafas. Agak2 klu da lepas ujian ni plak, trainer akan turun buat perkara yang sama tapi trainer akan pressure diorang ni. Tumbuk ke, mcm2 lagi la kan. Hanya calon yang tak panic sahaja boleh lepas ujian ni..ngeri beb aku rasa aku da lemas da. 

Klu lepas ujian ni plak baru la diorang akan gi pantai Coronado plak, time ni diorang akan kena rendam la beb. Suhu dkt pantai Coronado ni sejuk, sapa yang kena hypothermia kira fail..huh..Yang best part kat sini trainer diorang pn akan pantau diorg ni siang dan malam, klu pelatih tak tido, trainer pn tak tido sbb trainer mmg akan evaluate candidate yang betul-betul layak sahaja..;)

kena rendam (brutal training)
                                                

Dalam training yang di panggil hellweek, selepas lima minggu training, diorg akan melalui satu lagi tempoh training yang kritikal, diorng kena lari, berenang, panjat bukit sambil kena dengar bunyi machine gun. bunyi cam torture gak la..bila time petang diorang akan terus training lari sampai malam. Then selepas tido hanya 4 jam diorg kena bangun dan terus berjalan..sampai esok pagi dan seterusnya. Bukan sahaja penat diorang ni mana yang tak tahan mental akan mengalami haluccinaton, means cm giler sket la. akan timbul macam2 perasaan, marah, takut, lapar, ngantuk dsb.. 

Dalam peringkat ni ramai calon yang akan tersingkir, only the best will survive..klu lepas masuk plak fasa 2 iaitu diving..kt sini akan ada banyak fasa, lepas diving diorang akan ke parachute plak then ada banyak lagi phase..aku akan cerita pada post yag akan datang..hehe..

                                                 

Ok lepas jer semua phase inilah emblem yang diorang akan dapat..Sapa U.S Army yang pakai ni adalah merupakan satu kebanggaan yang amat sangat..banyak kelebihan tu, antaranya korang boleh pegi mana saja camp base tanpa ada sekatan untuk masuk..elit la katakan, maksudnya klu kat sekolah kira klu pengawas tu ada la special force yang boleh pegi mane2 dalam sekolah tu termasuklah asrama perempuan tanpa perlu kebenaran beb..huhu gurau jer jangan mare..

Ok nanti aku akan post lagi entry tentang Navy Seal's ni..dari operation dan kisah2 diorang dalam unconventional warfare dan conventional warfare..hehe...Hoooyaaahh..!

p/s: coment jgn tak coment...



Astro Bella

Salam, Sejak ada Astro Bella saluran 133 ni aku dgn wife aku memang duduk depan tv jer la. Aku ingat lagi time aku lepas sekolah dulu memang tiap2 petang aku layan mis tres hermanas. Aku tak bosan beb layan citer ni sebab takder citer lain nak tgk. Hehe..tapi lisa tu memang cantik beb. Meme sesuai la ngan Santiago tu:p

Tapi kali ni Astro Bella ni cerita yg paling aku minat ialah cerita passion morena. Sian kt morena mamat hensem tu bole plak curang ngan awek lain. Tapi takper lelaki hutan ada..huhu..klu tgk lelaki hutan tu mmg la kacak ngan tough, tapi umur da 39 tahun beb..adui..apa2 hal gua mmg tggu pukul 11 mlm ni sbb cerita ni start jap lagi.. Jum layan..zasss!