Sunday, March 17, 2013

Bosan dengan Pasukan Harimau Malaya

    Setelah lama aku mengikuti perkembangan bola sepak kebangsaan, sememangnya Harimau Malaya berada dalam keadaan dan kedudukan yang lemah dan tidak bermaya. Terus terang aku cakap, aku sememangnya bosan dengan cara permainan long ball yang tak tepat, first touch yang kantoi dan takder idea tipu helah yang bagus. Apa K.Raja tak tengok ker macam mana team macam Thailand dan Singapore main. Diorang ada ciri-ciri macamni. Harimau Malaya? korang bgtau la sendiri..

    Kesimpulan yang aku malas nak kupas panjang, kang korang kata aku lalang pulak. K. Rajagopal dah tak releven dan corak permainan pun tak relevan. Contohilah pasukan Hoki Malaysia!

Peace yow!

Wednesday, March 21, 2012

Nasi Vanggey Ipoh

    Pernah tak korang rasa lapar sangat? Lepas tu tak tau nak makan ape? Yang korang tau nak makan sedap. Lepas tu korang pulak tak penah sampai Ipoh. Dah la tak pernah sampai lepas tu takder kawan pulak tu. Tu takper lagi, kalau ada kawan, kawan pulak tak nak angkat telefon. Haaa..mari sini aku recommend tempat makan yang paling best kat Ipoh. Tapi awas! tempat ni hanya untuk hardocre-hardcore yang memang suka makan dan paling penting kalau cerita kedai mamak memang takde hal..haaa...NINNDIAAAA!!!!

Kalau korang jumpa kedai ni singgah la dan makan!
Amacam?
     Semalam aku telah membuat keputusan setelah lama tak kena nasi ganja. Maka aku pn ajak wife kena nasi ganja.Tapi biasalah, aku sorang jer la yang selera..;p Sampai jer dekat kedai ni dari jauh dah nampak orang ramai da beratur nak makan. Ok pesanan aku, korang kalau sampai kedai ni terus jer cari tempat kosong lepas tu duduk. Panggil jer mamak macam dalam gambar bawah ni...

Mamak nasi ganja...

     Ha..make sure yang pakai apron tau, kalau  yang tak pakai apron tu bukan dia la tu..;p Ok order jer dekat dia ni. Pastu tunggu kejap. Lepas order makan korang order la pulak air dekat auntie chinese dkt situ. Jangan risau diorang ni walaupun sibuk tetap akan layan korang dengan mesra..;)

Nasi tambah..;p
      
     Bagi yang suka makan korang mesti akan tambah nasi macam aku ni. Korang jangan segan panggil jer mamak tu cakap kat dia nak nasi tambah, dalam beberapa saat sampai la nasi tambah korang. Jangan lupa mintak kuah hitam sebab kuah hitam ni la yang paling sedap dalam banyak-banyak kuah kat kedai nasi ganja ni.

Panjang sebenarnya customer beratur kat kedai ni..
Meriah..;)
        Ok, kedai nasi ganja ni terletak di jalan Yang Kalsom. Nasi ganja ni memang famous untuk orang ipoh. Member aku cakap, kalau tak pernah kena nasi ganja tu bukan  orang Ipoh la jawabnya...;)

Kat lorong ni la yang masuk 999 dulu time puasa orang drive thru..;p

        Ok, sampai disini dulu nanti aku cerita lagi tempat makan best kat Ipoh. Baik punya!

Maut dirempuh ketika cat Jalan

Al-Fatihah..
           Kejadian yang aku tulis ini telah berlaku semalam. Semasa kejadian aku berada di Ipoh sedang melakukan kerja-kerja rutin menghantar barang pada customer. Ketika tengah aku turun barang dengan pekerja Bangladesh di site, diorang dengan tiba-tiba bagi tahu yang kawan diorng eksiden (terbang melayang) dan seorang driver lori syarikat maut.

          Setelah aku call wife aku, baru aku tahu memang sah salah seorang pekerja di syarikat aku bekerja telah dilanggar lori sehingga menyebabkan kematian beliau. Keadaan arwah sebenarnya amatlah tragis dan minta maaf aku tak dapat nak cerita kat sini. Semasa aku tengah tulis ni arwah sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Air Hitam Johor untuk disemadikan diiringi oleh rakan-rakan yang bekerja sekali dengan aku.

    Untuk pengetahuan aku pernah kerja dengan arwah dan arwah sangat baik orang nya selain kuat bekerja dan sentiasa ceria.

     Apa pun marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN...:'(


Monday, March 19, 2012

Cycling Enthusiast-Journey to Cameron Highland

We are crazy? No, I don't think so...;)
My friend from Kg. Manjoi
        Last weekend Cameron Highland is the place that start to bear in mind. Am I ready to cycle to Cameron Highland? The answer is YES! I just woke up early in the morning at 7.30. Prepare my bicycle, glove, helmet, and hydration pack. After that, cycle to my buddy house at Kg. Manjoi. He will be with me today to climb to Cameron Highland. Both of us are crazy? Not sooo crazy..;)

The challenge start here..;)
       Before we start the journey, we also met two other cyclist heading to same road like us. They are solo rider. Yes I think they are heading to Cameron Highland just like us..;) As you can see the picture the road is start to give us their true colours. For us this is just a challenge not to be worried..;p

Take picture first! Hooyah!


       After we take pictures, we need to hurry since time is running out. There could be rain or injuries will be apart of major challenge to arrive at Cameron Highland. Without expecting so much challenge we are force to change gear to the lightest gear as our leg feel so much painful cycling to the front road. I think this is the toughest road that we ever climb before. Sadly it will more waiting for us in front. Huh..!

     After take our time to climb, we cycle slowly to restore our energy. Then we found waterfall in front of us and we need to reshuffle back our trip..;p

Waterfall on our way to Cameron Highland..;)
     We bring our bicycle there and decide to take a break. We need to think whether we can climb or not, will we see a lot of more vertical road need to be climb, or it is dangerous for just for both of us?.

Our bicycle also need a rest..;p (nice picture!)

          After a short discussion, we decide to continue our journey rather then turn back. We feel that we have recover back our energy after we think we should feel the cool and fresh air at Cameron Highland.

We start cycling slowly...

Always rest for 5-10  minutes if we feel tired
   
  What was surprised in our journey is, many people drive that pass us will give us a honk or will shouted at us. Children also participate and say hye to us. There are some lorry driver from other side yelled at us. Then without we realize also people snap our picture! For me no matter what they gonna say, I take that as encouragement for us to reach our destination. Even Orang Asli also give us a clap. Sound like we are in Le Tour De Langkawi man!

About to arrive
    In our way to reach there we bring a lot of water. I bring 3 litre hydration pack plus bread, Gatorade and 100 plus. I drink a lot and the supply is not enough! As a conclusion next time we need pannier bag because our journey is quite long and so much challenging. Sometimes we sleep just side of the road and we drink a lot but no energy bar or food. There is so many mistakes we do and we learn from this trip.

   At last we arrive at the destination that we target to arrive. This place is favorite place for lorry driver to stop and rest. There is also JKR side office there purposely for road maintenance. Is about 2km or 3km to arrive the signage of "Welcome to Cameron Highland". But since we didn't bring anything as our preparation and time constraint. We decide just to stop here and snap a few pictures. Time is about 4.45pm.
Exausted but fully satisfied and will repeat



Rest for a while and heading back to Simpang Pulai
      Expected challenge for going down is just like the climb. But this is the best reward for us! just imagine we going down without need to cycle and we are about 30km/h or 40km/h. Imagine we are about an hour arrive at Pos Slim and Kampung Juang. rather than climb about six hours! Word cannot imagine what I feel. Come and join us for the next trip to feel the excitement!

Sunday, March 18, 2012

Viking of Ipoh-Bukit Manong, Puncak Jelapang

King Azim the wonder King
                This heading is nothing to do with what I'm going to tell you below..;p


Drink to have some energy..;)

      As been promised by both my fellow cousin from Shah Alam, they has coming to Ipoh to join me climb Manong hill as weekend activities. Both my cousin Ameer Azim and Amzar are really excited to reach the top of  Manong Hill.

Ready to Rock!
 
Start to take the step..;p

      We just woke up at 8.30 a.m  and ready to climb this Manong Hill. Manong Hill are the among favourite hill that hikers near Jelapang town want to climb almost every weekend.



Me and Azim a.ka King Azim




Forest Reserve of Kledang Sayong
 

The trails..

This segment sponsored by Mountaindew



        If we noticed in the picture the trail look so easy to pass. But I tell you what, let's try first!



Azim start to exausted..;p

The journey continue..


   Even Azim look tired but you must respect him because he can wake up early in the morning and climb to the top. What a wonderful spirit!

Pit stop
  If you are not fit. It is recommend you to take rest, breath properly and roll back to climb..;p



Azim decide to bring my hydration pack..;) Easy for him to drink..;)
When you see Malaysia flag, top of the hill is in front of you..;)

Azim is running! Followed by Amzar behind..;)
 

Azim arrive first!



They reach top of Manong hill. What about you? still sleep? ;p




There is a pondok at top of this Manong hill



You can see Kampung Manjoi and Jelapang from here.




This is my fourth time I climb here..;p

This is the pondok here..;)
 


They have reach..;) time to go down and have a lunch at Silibin Corner..;)
  
That is story of the weekend. Anybody want to climb especially Ipoh guys? I can guide you here..just drop your comment..;)

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Friday, March 16, 2012

Sketsa Aku, Dhiya dan Mofisa

Tempat kerja
      Cerita di bawah tiada kena mengena dengan yang lain selain nama yang disebut di bawah. Itu pun masih dikira rekaan demi menghabiskan hari Jumaat yang indah ini. Yerla esok cuti,  kita Chilllllll....;p

      Aku, Dhiya dan Mofisa merupakan rakan sepejabat yang bekerja di sebuah syarikat ternama di ibu kota kepunyaan Saudagar Sidiq Segaraga. Sebuah syarikat yang menjalankan business import-export dari luar dan dalam negara.

     Satu hari aku telah lambat sampai kat ofis sebab malam tadi...malam jumaat la bodoh..;p Ok aku sambung, sebenarnya train komuter yang aku naiki pagi tadi telah terkandas kerana kesesakan lalu lintas. Di sebabkan ofis aku dekat dengan pasar seni, lalu aku pun ambik keputusan untuk jalan kaki jer gi ofis.

    Setelah aku sampai di ofis bos aku yang bernama Sidiq Segaraga sedang memberikan taklimat kepada maintainence staf. Biasa la masalah conection internet memang problem sejak akhir-akhir n. Sampai jer kat cubic aku (cheeewah!) aku telah terlihat ofismate aku Mofisa dan Dhiya tgh taip report untuk submit pada bos. Aku? korang rasa? hehe..aku bukak FB dulu, layan update status. Then aku taip kat status aku sambil buat mulut muncung ala-ala sailormoon gitu. "Sibuk letewwwww...". Dhiya dan Mofisa buat2 tak tau sambil terus bekerja dengan rajin..;p

    Tiba2 aku nampak Bens Jones update status dalam FB. "Happy Bufday Mofisa!" pergh, arini bufday Mofisa ke? Aku pn tercari-cari air kopi semalam ngan tong sampah yang makcik dobi tak angkat lagi. Aisey nampak semua da clear. Tak jadi aku nak baling Mofisa. Memang tak baik baling2 benda busuk time bufday orang ni. Sebaiknya aku wish dia ngan kata-kata yang menyenangkan..Betul tak?

   Aku pun terus update status yang ditujukan khas kepada Mofisa.  "HEPY BUFDAY BRO!".
Mofisa pandang aku dengan muka hairan. aku cam biasa la buat muka sailormoon la apa lagi. Tapi taktik aku tak berkesan. "Ko gila ker Wan?" ucap Mofisa. Aku pun terpana..dalam kepala aku tetiba aku teringat kat satu budak india time sekolah rendah dulu nama dia KOGILAVANNI.

   Dengan tidak semena2 Dhiya yang tadi sibuk menghadap Apple MacbookPRO dia pun pandang kat aku satu macam. Then senyum kat aku, senyum kambing la apa lagi, "Ko buat lawak ker Wan?" Situasi bertambah genting, adrenaline rushng semakin menyerlah. aku rasa sekarang aku tengah nak bungee jumpang pulak (terjun bangunan sebenarnya)..;p

   Rupa2nya internet conection punya hal. Kira aku ketinggalan zaman la beb. Patutla bos bawak maintenance baru tadi. "Ko da makan ke belum ni?" celah mofisa. "Belum bro" balas aku. "Jum Lunch" ujar Dhiya menenangkan keadaan. "Jum", balas Mofisa pantas. Aku pun tanpa berfikir panjang terus mengajak mereka berdua untuk lunch....

   Siapakah Benzz Jones dalam cerita di atas? Adakah beliau seorang Sheriiff  Cowboy yang menunggang kuda berasal dari Seri Iskandar seperti cerita Wild Wild  West story terbitan karyawan terkenal negara Mohd NorFaiz Putera?

   Nantikan Sketsa seterusnya..AKAN DATANG...

HABIS....

CERITA DIATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA. KEPADA YANG TERLIBAT DIUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN. NANTI AKU BELANJA TEH TARIK..;)

Heppy Weekends Guys!