Wednesday, March 14, 2012

Healthy Lifestyle

Healthy lifestyle is a must
  Pernah tak korang masa sekolah dulu bila jogging petang-petang ada orang booo kat korang? pastu satu asrama boleh dengar. Pastu dengan senior2 sekali join? Pastu korang buat bodo jerk. Sambil buat bodo korang stretching macam Messi ngan Xavi stretching. Haa..ingat tak..ingat tak? ke buat2 lupa? huhu..Haa klu korang nak tau sapa yang pernah kena aku la orangnya..;p

                                                          

          Kepentingan exercise sebenarnya amatlah di perlukan dalam kehidupan seharian kita. Sapa ingat aku pernah lawan makan ngan Malul? Hari rabu makan kat dewan makan memang sedap. Aku ingat lagi Malul hari tu ambik nasi penuh satu tray. Aku plak time tu lapar giler sebab lepas subuh aku tido lepas tu memang tak dan la nak breakfast. Huhu aku tengok Malul makan memang banyak. Aku pun ambik la nasi minyak tu banyak macam Malul punya tray. Biasa la dalam ramai2 tu mesti ada batu api la kan. Tapi aku tak ingat la pulak sapa. Then, challenge aku ngan Malul sapa habis dulu..Aku ingat lagi time aku beratur tu ramai jer budak2 perempuan ASPURI tengok nasi aku dengan pandangan yang aku boleh dengar hati diorng berkata2 macmni: "Isk mentekedarah betul budak ni makan. Kang silap2 dengan tray2 tu dia makan", pastu ada la plah satu Minah ni tgk aku, yang ni korang nak tau dia cakap apa dalam hati die? " banyak nya nasi budak ni ambik, kang kalau tak abis mesti dia nak makan Malul pulak". Huhu..anyway aku dah lapar ni, aku ngan Malul pn makan la..

        Korang boleh bayang tak tray kat dewan makan tu macam mana? Hah bayangkan nasi dalam tray tu penuh ngan nasi setinggi gunung? Haha takder la setinggi gunung. Kira banyak la, akhirnya aku ngan Malul pun abis makan nasi tu beb! Time tu Haq yang sampai dulu pun belum habis..;p

       Petang tu akhirnya aku kalah match hoki ngan tem Hafiz Supian. Yer la dah aku jadi striker, aku makan abis kul 2.30 petang. Game plak start kul 3 petang..perut plak penuh nasi..kena sayur la team rumah aku..Ingat nak naik la ranking rumah sukan..tak dapat. Saya minta maaf Cikgu Hasnan..;(.

Gaya Hafiz Supian main hoki, 3 orang boleh lepas!
                                              
       Kalau dalam bola ada flying header, Hafiz Supian ni boleh flying stick untuk gol tau..ini tak tak tipu!

      Ok la berbalik kepada cerita gaya hidup sihat macam aku sebut kat atas tadi, pemakanan sebenarnya memainkan peranan penting. Amalan pemakanan yang sihat dan juga exercise yang betul sebenarnya banyak develop tumbesaran badan kita. Ok contoh, kenapa kita kena pegi gym untuk buildup muscle? salah satu kebaikan buildup muscle ni sebenarnya kita boleh mengurangankn kecederaan pada tulang kita dalam berbagai jenis aktiviti fizikal. Ok, contoh kenbanyakan kes dislocate tulang adalah disebabkan otot kita yang tak kuat untuk pegang tulang dari dislocate. Bila kita buildup muscle otot kita akan jadi kuat dan masalah dislocate tadi susah untuk terjadi.

Perlu keazaman yang tinggi untuk buildup muscle
                                          
          Memang aku akui sapa yang pernah ke gym pernah diperli oleh rakan2 yang lain. Tapi dari sudut positif memang kita kena ignore diorang yang berpandangan negatif. Sebab kalau kita tengok masyarakat luar negara khususnya Eropah dan US kebanyakan remaja diorang menjadikah healthy lifestyle sebagai diorang punya gaya hidup

Perbezaan otot untuk yang aktif dan tidak aktif
         Dunia barat kalau kita tengok berlumba-lumba tak kira lelaki atau perempuan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Kenapa pada mereka benda ni penting? Sebab bila sihat meraka akan lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat. Satu lagi yang aku puji tentang diorang ni, adalah masyarakat mereka sendiri akan encourage dan memuji usaha mereka untuk menjaga kesihatan.

       Ni pulak cerita yang aku dengar dari member aku la. Dia kata klu ada muscle means yang ada sixpack awek akan suka. Pastu member aku cakap bukan awek jer yang suka Gay pn suka..haha..;p

Ada sorang kawan aku body camni..;)

           Malaysia adalah antara negara yang ranking tertinggi dunia yang mengalami masalah obesiti. Ok mengapa masalah ni terjadi? Yang ni kita tak boleh salahkan mak bapak kita sebab mereka yang nak terbaik untuk kita. Bila mak bapak masak sedap, yang kita pulak dah lama tak rasa mak kita masak lauk lemak cili api, udang goreng, ketam bakar dan sup daging plus cili kicap, korang rasa korang mampu ker menolak temptation seumpama ini..haa...aku cakap terus terang yang aku pun tak mampu. Memang diakui sesetengah makanan ni mempunyai kadar kalori yang tinggi. Sebenarnya kita boleh bakar kalori tersebut dengan cara kerap melakukan aktiviti senaman setiap hari.

Gambar hiasan semata-mata..;p
                                                
        Nantikan entri aku yang seterusnya, berapa kalori yang perlu kita bakar setiap hari..;P

       MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..;)
                                      

No comments:

Post a Comment