Friday, March 16, 2012

Sketsa Aku, Dhiya dan Mofisa

Tempat kerja
      Cerita di bawah tiada kena mengena dengan yang lain selain nama yang disebut di bawah. Itu pun masih dikira rekaan demi menghabiskan hari Jumaat yang indah ini. Yerla esok cuti,  kita Chilllllll....;p

      Aku, Dhiya dan Mofisa merupakan rakan sepejabat yang bekerja di sebuah syarikat ternama di ibu kota kepunyaan Saudagar Sidiq Segaraga. Sebuah syarikat yang menjalankan business import-export dari luar dan dalam negara.

     Satu hari aku telah lambat sampai kat ofis sebab malam tadi...malam jumaat la bodoh..;p Ok aku sambung, sebenarnya train komuter yang aku naiki pagi tadi telah terkandas kerana kesesakan lalu lintas. Di sebabkan ofis aku dekat dengan pasar seni, lalu aku pun ambik keputusan untuk jalan kaki jer gi ofis.

    Setelah aku sampai di ofis bos aku yang bernama Sidiq Segaraga sedang memberikan taklimat kepada maintainence staf. Biasa la masalah conection internet memang problem sejak akhir-akhir n. Sampai jer kat cubic aku (cheeewah!) aku telah terlihat ofismate aku Mofisa dan Dhiya tgh taip report untuk submit pada bos. Aku? korang rasa? hehe..aku bukak FB dulu, layan update status. Then aku taip kat status aku sambil buat mulut muncung ala-ala sailormoon gitu. "Sibuk letewwwww...". Dhiya dan Mofisa buat2 tak tau sambil terus bekerja dengan rajin..;p

    Tiba2 aku nampak Bens Jones update status dalam FB. "Happy Bufday Mofisa!" pergh, arini bufday Mofisa ke? Aku pn tercari-cari air kopi semalam ngan tong sampah yang makcik dobi tak angkat lagi. Aisey nampak semua da clear. Tak jadi aku nak baling Mofisa. Memang tak baik baling2 benda busuk time bufday orang ni. Sebaiknya aku wish dia ngan kata-kata yang menyenangkan..Betul tak?

   Aku pun terus update status yang ditujukan khas kepada Mofisa.  "HEPY BUFDAY BRO!".
Mofisa pandang aku dengan muka hairan. aku cam biasa la buat muka sailormoon la apa lagi. Tapi taktik aku tak berkesan. "Ko gila ker Wan?" ucap Mofisa. Aku pun terpana..dalam kepala aku tetiba aku teringat kat satu budak india time sekolah rendah dulu nama dia KOGILAVANNI.

   Dengan tidak semena2 Dhiya yang tadi sibuk menghadap Apple MacbookPRO dia pun pandang kat aku satu macam. Then senyum kat aku, senyum kambing la apa lagi, "Ko buat lawak ker Wan?" Situasi bertambah genting, adrenaline rushng semakin menyerlah. aku rasa sekarang aku tengah nak bungee jumpang pulak (terjun bangunan sebenarnya)..;p

   Rupa2nya internet conection punya hal. Kira aku ketinggalan zaman la beb. Patutla bos bawak maintenance baru tadi. "Ko da makan ke belum ni?" celah mofisa. "Belum bro" balas aku. "Jum Lunch" ujar Dhiya menenangkan keadaan. "Jum", balas Mofisa pantas. Aku pun tanpa berfikir panjang terus mengajak mereka berdua untuk lunch....

   Siapakah Benzz Jones dalam cerita di atas? Adakah beliau seorang Sheriiff  Cowboy yang menunggang kuda berasal dari Seri Iskandar seperti cerita Wild Wild  West story terbitan karyawan terkenal negara Mohd NorFaiz Putera?

   Nantikan Sketsa seterusnya..AKAN DATANG...

HABIS....

CERITA DIATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA. KEPADA YANG TERLIBAT DIUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN. NANTI AKU BELANJA TEH TARIK..;)

Heppy Weekends Guys!

 

 

   

No comments:

Post a Comment