Thursday, March 15, 2012

Kickers Cartoons

Passion of football start here
        Kartun Kickers ni antara kartun yang paling banyak pengaruh dalam diri aku time sekolah rendah dulu.

     
       Korang bayangkan bila korang tengok jer citer ni mesti korang rasa macam nak main bola macam budak dalam gambar ni. Disamping main bola korang mesti ada rasa nak awek tengok korang main bola lepas tu bagi sorakan ala-ala harajoku kan? hehe..;p

Semua budak nak jadi camni time tu
              Haha..tak silap aku citer ni mase aku darjah lima kot. Pengaruh citer ni memang besar masa tu. Aku ingat lagi lepas jer budak-budak taman perumahan aku tengok citer kartun ni, diorang semua akan keluar rumah terus pegi padang. Pastu masing-masing pilih sapa nak team dengan sapa. Kalau nak dingatkan aku adalah antara ramai2 budak kat situ yang main bola kat padang taman perumahan tu. Tak silap aku mostly 70% budak kat taman aku tu akan keluar termasuklah amoi2 kecik yang terpengaruh nk jadi pompom girl time kitaorg man bola tu. haha..! Budak2 skema jer yang mak bapak tak bagi main kat padang sebab kitaorang mmemang nakal beb..huhu..;) Gaduh time kecik2 biasala..;)

Memori zaman dulu
                                         
          Ni pulak adalah expression time kitaorng bila jaringkan gol. huhu..Masa ni memang aku ngan kawan2 aku main tarak hengat dunia punya. selagi tak azan maghrib memang tak balik la. Ada satu kes member aku ni mak dia turun padang hambat dia ni balik. Huhu, mak bapak aku tak hambat la kan. Tapi kira mak bapak aku ni baik la kan. Silap! sebab mak bapak aku akan kunci pintu rumah sampai malam dan aku ngan adik aku tak boleh masuk rumah. huhu..tapi at least kitaorang takder la kena macam budak depan rumah aku skang ni.."tolonnnnnggggg...tolongggggggggg...", hehe..merayu kat parent dia nak masuk rumah..haha, kita org meraung2 jer beb..hahaha..;p

They are our inspiration
                                              
           Pengaruh citer kickers ni terbawak2 sampai la ke pemilihan pemain2 bola peringkat sekolah. Sebenarnya aku bukan lah orang yang layak nak main bola, ramai budak sekolah aku yang handal time tu (handal sebab Kickers). Time pemilihan aku memang tak terpilih la, tapi sebab kan aku minat bola aku ada satu hari tu aku gi tengok team sekolah aku main. Time tu budak2 sekolah aku kalah beb. Aku pun simpati ngan diorag sebab kena marah ngan cikgu. Entah camaner aku ni pegi baik hati la tolong angkat baldi air untuk budak2 ni. cikgu pn kesian kat aku haha, Tahun depan tu aku masuk pemilihan dan aku jadi  center back yang utama la..;p

Gaya striker handalan dalam cerita ni..;)
               Setelah terpilih mewakili sekolah..(cheewahh) Ckgu Jurep ada invite beberapa sekolah untuk friendly match dan mostly memang team sekolah aku menang. Boleh kata sebelum Kejohanan Pesta Bola Peringkat Kelompok Lima memang hari-hari training. Sehinggalah hari kejohanan.

Awek2 yang ada hari tu..;p
                Untuk first game, memang kitaorg nerveous. akhirnya kitaorng hanya seri. Sebabkan aku simpanan masa tu cikgu Jurep masukkan aku sebagai pemain sayap kanan. Aku ada assist kawan aku ni, memang bola tu boleh masuk gol. Tapi entah macam maner bola tu naik atas pulak takder rezeki. Second game pulak cikgu suh aku jadi Centre back balik, tapi Cikgu suh aku yang ambik goal kick. Korang tau aku jawap aper? "Saya tak boleh cikgu". Damn kenapa aku cakap camni, apa da jadi ngan aku..adui..Akhirnya cikgu bengang ngan aku dan cikgu keluarkan aku jadi simpanan jer. Sedih beb.

             Akhirnya sekolah aku gi final. Then kitaorg menang 7-0 dengan dengan team yang aku mula2 main tadi. Asal dapat bola jer gol, asal dapat bola jer gol. haha memang kena ayam la diorng.

Ni muka player sekolah satu lagi yang kira handal tu..;p
                              

                                              
              Nak tau apa jadi ngan aku pastu, hehe pastu cikgu kat sekolah aku buat la leaque dalam sekolah. Aku antara yang jadi captain dalam sepuluh team yang main. Yer la senior la katakan. Ada dua player sekolah dalam team aku ni. Diorg ni kira junior la. Team aku berjaya melangkah ke separuh akhir. Time separuh akhir ni memeng kontroversi sebab kita org da score tapi keeper tu tepis dari dalam gol. Nasib baikla cikgu nampak sebenarnya bola tu masuk. Then Team aku masuk final. Tapi tak menang sebab kena lawan team yang memeng kuat sebab captain sekoalah aku main kat situ ngan adik dia. Diorang ni handal beb main ala-ala brazilian tu..;)

So walaupun aku ni pemain buangan sebenarnya aku telah berjaya membuktikan aku bukan la sampah..huhu.Dari sepuluh team, team aku secand place. Klu tak kerana citer kickers maybe aku tak main bola kot!

Keeper Team aku time tu pakai topi camni la..;)

Ni la bayangan team sekolah dan team aku mase tu..;)


               

No comments:

Post a Comment