Monday, March 12, 2012

U.S Navy Seals

Mesti korang pernah dengar cerita tentang elit force ni kan? Ok kali ni aku nak story sikit la pasal diorang.

Diorang ni adalah Pasukan Khas Laut tentera Amerika Syarikat. Apa yang special tentang diorang ni adalah diorang ni mempunyai kepakaran khusus bukan sahaja di laut tetapi juga udara dan darat. Tu sebab diorang ni di gelarkan SEAL's, (SEA, EARTH and AIR). 

Ok satu lagi yang menarik pasal diorang ni dalam diorang ada lebih dari sepuluh team. Dalam satu team ada dalam 16 orang yang mana ada dua leader. diorang ni ada yang di gelar SEAL's Team One and SEAL's Team Two.Dalam kalangan diorang ni ada satu pasukan yang di gelar ELIT AMONG THE ELIT. Itulah dia SEAL's Team Six yang bertanggunjawab dalam penangkapan yang mereka gelar sebagai pengganas la sapa lagi kalau bukan OSAMA BIN LADEN.

Bercerita tentang sejarah NAVY SEAL's ni diorang ni di asaskan pada tahun 1942. Diorang ni ada diorang punya support squadron yang dikenali sebagai SPECIAL BOAT SQUADRON (SBSs). SBSs ni datangnya daripada mereka-mereka yang tak lepas ujian yang kira agak kritikat jugak la yang di kenal sebagai BASIC UNDERWATER DEMOLITION/SEALs (BUDs).

Selain memiliki keupayaan yang tinggi dalam berenang, ada juga yang mempunyai kemahiran menyelam yang dikenali sebagai commercial divers. Diorang ni sentiasa menjalani latihan setiap hari dan malam, berenang dalam paya yang penuh dengan aligator, latihan pantai dan jugak offshore.

Starting payment diorng ni saja dah aku dengar USD 60,000.00  beb! tapi dalam setahun cuti hanya dalam sebulan jer. Lain semua kena deploy la..;p

Ok, apa mission sebenar NAVY SEAL's ni? Antara yang terkenal yang menjadi tugas utama diorang ni adalah counterterroris operation. Iaitu pergerakan menghapuskan pengganas secara direct ataupun indirect. Penuh secrecy beb!

Agak-agak korang klu diberi peluang nak tak korang jadi Navy Seal's ni? glamour beb..senjata pun canggih2 siap ada heat thermal imaging ngan night vision tu. Askar biasa takder beb..;p

Haa..sebelum korang nak jadi Navy Seal's ni mari kita tengok ujian-ujian yang nk kena di lalui..haha..
     

Ni nama dia BUD's
                     
Ok korang rasa korang boleh jadi SEAL's? senang jer, semua orang boleh jadi SEAL's, termasuklah aku..hehe..hanya 26 minggu, training kat pantai coronado yang indah, white sandy beach, air yang jernih, ada banyak awek mat salleh cun pakai bikini, program yang seronok, pegawai SEAL's yang ramah-tamah dan mesra, hujung minggu ada artis buat persembahan cam lady gaga, lagi satu ada banyak aktiviti menarik cam scuba diving,sailing, luncur air, paintball dan byk aktiviti menarik yang takkan korang lupakan. Menarik tak? Tandatangan kat sini..;p

haha, ni ayat aku cedok dari buku Navy SEAL's tau..;p


Ni la kot pantai coronado yang indah tu..;p
                                               
 Hakikatnya ialah korang akan melalui satu pengalaman yang tak pernah korang alami sbelum ni. Cedera adalah perkara biasa, kadang-kadang ada la jugak kematian...? err..Moto diorang adalah berbunyi begini "THE ONLY EASY DAY IS YESTERDAY". Haa..antara latihan diorang adalah diorng ni akan kena ikat dengan tali, kaki ngan tangan. pastu akan di campak kat dalam kolam renang la. kena tutup mata..kena selam ambik barang pki mulut, pastu ambik nafas. Agak2 klu da lepas ujian ni plak, trainer akan turun buat perkara yang sama tapi trainer akan pressure diorang ni. Tumbuk ke, mcm2 lagi la kan. Hanya calon yang tak panic sahaja boleh lepas ujian ni..ngeri beb aku rasa aku da lemas da. 

Klu lepas ujian ni plak baru la diorang akan gi pantai Coronado plak, time ni diorang akan kena rendam la beb. Suhu dkt pantai Coronado ni sejuk, sapa yang kena hypothermia kira fail..huh..Yang best part kat sini trainer diorang pn akan pantau diorg ni siang dan malam, klu pelatih tak tido, trainer pn tak tido sbb trainer mmg akan evaluate candidate yang betul-betul layak sahaja..;)

kena rendam (brutal training)
                                                

Dalam training yang di panggil hellweek, selepas lima minggu training, diorg akan melalui satu lagi tempoh training yang kritikal, diorng kena lari, berenang, panjat bukit sambil kena dengar bunyi machine gun. bunyi cam torture gak la..bila time petang diorang akan terus training lari sampai malam. Then selepas tido hanya 4 jam diorg kena bangun dan terus berjalan..sampai esok pagi dan seterusnya. Bukan sahaja penat diorang ni mana yang tak tahan mental akan mengalami haluccinaton, means cm giler sket la. akan timbul macam2 perasaan, marah, takut, lapar, ngantuk dsb.. 

Dalam peringkat ni ramai calon yang akan tersingkir, only the best will survive..klu lepas masuk plak fasa 2 iaitu diving..kt sini akan ada banyak fasa, lepas diving diorang akan ke parachute plak then ada banyak lagi phase..aku akan cerita pada post yag akan datang..hehe..

                                                 

Ok lepas jer semua phase inilah emblem yang diorang akan dapat..Sapa U.S Army yang pakai ni adalah merupakan satu kebanggaan yang amat sangat..banyak kelebihan tu, antaranya korang boleh pegi mana saja camp base tanpa ada sekatan untuk masuk..elit la katakan, maksudnya klu kat sekolah kira klu pengawas tu ada la special force yang boleh pegi mane2 dalam sekolah tu termasuklah asrama perempuan tanpa perlu kebenaran beb..huhu gurau jer jangan mare..

Ok nanti aku akan post lagi entry tentang Navy Seal's ni..dari operation dan kisah2 diorang dalam unconventional warfare dan conventional warfare..hehe...Hoooyaaahh..!

p/s: coment jgn tak coment...



2 comments: